Sains Malaysiana 55(10)(2026): 1774-1793

http://doi.org/10.17576/jsm-2026-5510-15

 

Eksplorasi Potensi Zon Pemineralan Emas menggunakan Teknik Keberintangan Geoelektrik dan Pengutuban Teraruh 2 Dimensi di Kawasan Sungai Tongkat, Setiu, Terengganu, Malaysia

(Exploration of Gold Mineralization Zone Potential using Geoelectrical Resistivity Techniques and 2-Dimensional Induced Polarization in Sungai Tongkat Basin, Setiu,
Terengganu, Malaysia
)

 

MOHD HARIRI ARIFIN1, AZLAN SHAH NERWAN SHAH2,*, MOHAMAD KAMAL IZZAT3, MOHD AMIR ASYRAF SULAIMAN3, MOHD BASRIL ISWADI BASORI1, NOR SHAHIDAH MOHD NAZER1, KHAIRUL NAZRI YAAKUB4, SHARI B. ISMAIL5, MUHAMAD SAFID SAAD6 & ABDUL RAHIM HARUN7

                        

1Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

2Kumpulan Teknologi Bahan, Bahagian Teknologi Industri, Agensi Nuklear Malaysia, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

3Geo Technology Resources Sdn Bhd, 31-1, Jalan Mawar 5B, Taman Mawar, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia

4Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu, PT3102K, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

5Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, Jalan IM 4/1, Bandar Indera Mahkota, 25604 Kuantan, Pahang, Malaysia

6Bahagian Perkhidamatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

7Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tingkat 9 Menara PJH, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62000 Putrajaya, Malaysia

 

Diserahkan: 29 Mac 2026/Diterima: 30 September 2026

 

*Pengarang untuk surat-menyurat; email: azlanshah@nm.gov.my

 

Abstrak

Jalur Timur Semenanjung Malaysia mempunyai potensi deposit logam, namun eksplorasi berfokuskan zon pemineralan emas subpermukaan berasaskan data geofizik bersepadu masih lagi terhad. Kajian ini menilai potensi zon pemineralan emas di kawasan Sungai Tongkat, Setiu, Terengganu menggunakan teknik keberintangan geoelektrik dan pengutuban teraruh (IP) 2 dimensi. Sebanyak 10 garis survei dengan panjang 200 m dan 400 m telah dijalankan dengan menggunakan susun atur Wenner-Schlumberger. Keputusan menunjukkan corak zon berpotensi pemineralan yang berbeza mengikut kedudukan geologi dan tekstur kuarza-sulfida. Zon dengan pengutuban teraruh tinggi (8-20 ms) dan keberintangan elektrik rendah hingga sederhana tinggi (1-800 Ωm) ditemui di barat laut kawasan kajian yang berpotensi mewakili koridor pemineralan berasosiasi dengan mineral sulfida tersebar di dalam zon perumah batuan metasedimen yang mengalami luluhawa atau rekahan kaya lempung. Sebaliknya, zon dengan keberintangan elektrik tinggi dan pengutuban teraruh tinggi (800-5000 Ωm; 8-20 ms) ditemui di zon tenggara menandakan kemungkinan pemineralan sulfida yang lebih tersebar atau kehadiran struktur telerang kuarza. Zon dengan keberintangan elektrik dan pengutuban teraruh rendah (1-200 Ωm; 0-2 ms) tertumpu di bahagian atas profil garis survei, mencadangkan peranan pola retakan Timur Laut ke Barat Daya di kawasan kajian yang bertindak secara fizikal sebagai saluran utama migrasi cecair hidrotermal pembawa emas. Keputusan kajian ini menyediakan kerangka eksplorasi subpermukaan terbaharu bagi prospek emas di Jalur Emas Timur Semenanjung Malaysia yang masih kurang diterokai.

Kata kunci: Jalur eksplorasi; keberintangan geoelektrik; pemineralan emas; pengutuban teraruh; Sungai Tongkat; zon berpotensi pemineralan

 

RUJUKAN

Abdullah, I. 2006. On the presence of pre-Carboniferous metasediments in the Eastern Belt: A structural view. Bulletin of the Geological Society of Malaysia 49: 79-84.

Abdullah, I. 2001. Gaya struktur kawasan Chendering Rhu Rendang, Marang, Terengganu: satu cadangan kehadiran batuan pra-karbon di Jalur Timur Semenanjung Malaysia. Proceedings of Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference. hlm. 79-83.

Abdullah, I. & Setiawan, J. 2003. The kinematics of deformation of the Kenerong Leucogranite and its enclaves at Renyok Waterfall, Jeli, Kelantan. Bulletin of Geological Society of Malaysia 46: 307-312.

Ali, M.A.H., Mewafy, F.M., Qian, W., Alshehri, F., Ahmed, M.S. & Saleem, H.A. 2023. Integration of electrical resistivity tomography and induced polarization for characterization and mapping of (Pb-Zn-Ag) sulfide deposits. Minerals 13(7): 986.

Ariffin, K.S. 2012. Mesothermal lode gold deposit central belt Peninsular Malaysia. Dlm. Earth Sciences, disunting oleh Dar, I.A. Croatia: InTech. hlm. 313-342.

Arifin, M.H., Shah, A.S.N., Zaid, H.A.H., Nazer, N.S.M., Kiang, S.H., Sulaiman, M.A.A., Ismail, M.K.I., Salehudin, Z.F., Mansor, M.H., Zakaria, M.T. & Basori, M.B.I. 2026. Geophysical prospection of tin (Sn) mineralization in the Eastern Belt, Peninsular Malaysia. Minerals 16(2): 211.

Arifin, M.H., Shah, A.S.N., Malek, M.A., Haikal, W.N., Aros, M.A., Mohamed, T.R.T., Zakaria, N.A.C., Nazer, N.S.M. & Roslan, N. 2025. Penentuan potensi air bawah tanah menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik dan pengutuban teraruh di kawasan terpilih sekitar lembangan Sungai Klang. Sains Malaysiana 54(12): 2809-2824.

Chu, L.H. & Singh, D.S. 1986. The nature and potential of gold mineralization in Kelantan, Peninsular Malaysia. GEOSEA V. Proceedings, Geological Society of Malaysia. hlm. 431-440.

Dusabemariya, C., Qian, W., Bagaragaza, R., Faruwa, A.R. & Ali, M. 2020. Some experiences of resistivity and induced polarization methods on the exploration of sulfide: A review. Journal of Geoscience and Environment Protection 8(11): 104088.

Fateh, C. 1978. The Geology and Mineral Resources of the Ulu Paka area, Terengganu. Kuala Lumpur: Geological Survey Headquarters.

Goldfarb, R.J. & Groves, D.I. 2015. Orogenic gold: Common or evolving fluid and metal sources through time. Lithos 233: 2-26.

Heng, G.S., Hoe, T.G. & Hassan, W.F.W. 2006. Gold mineralization and zonation in the State of Kelantan. Bulletin of Geological Society of Malaysia 52: 129-135.

Idris, M.B. & Zaki, S.M. 1986. A Carboniferous shallow marine fauna from Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu. Geological Society of Malaysia Warta Geologi 12: 215-219.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Terengganu. 2021. Perkhidmatan Penggerudian Empat Lubang Dalam (Teras dan Aluvium) Beserta dengan Persampelan dan Pemprosesan Sampel Penyimpanan Sampel Gerudi serta Laporan Penggerudian bagi Projek SGA ECER Susulan di Kawasan Sungai Tongkat, Setiu, Terengganu. Laporan Teknikal (Tidak diterbitkan).

Kayode, J.S., Arifin, M.H., Basori, M.B.I. & Nawawi, M.N.M. 2022. Gold prospecting mapping in the Peninsular Malaysia gold belts. Pure and Applied Geophysics 179(1): 3295-3328.

Lee, C.P. 2009. Paleozoic Stratigraphy. Dlm Geology of Peninsular Malaysia, disunting oleh Hutchinson, C.S. & Tan, D.N.K. Kuala Lumpur: University of Malaya & Geological Society of Malaysia.

Li, B., Jiang, S-Y., Zou, H-Y., Yang, M. & Lai, J-Q. 2015. Geology and fluid characteristics of the Ulu Sokor gold deposit, Kelantan, Malaysia: Implications for ore genesis and classification of the deposit. Ore Geology Reviews 64: 400-424.

Liu, S. & Lan, Q. 2025. Long-term gold price prediction using the CNN-BiGRU model enhanced with an attention mechanism. Kertas Kerja 8th International Conference on Advanced Algorithms and Control Engineering (ICAACE). Anjuran Nanjing Tech University. Shanghai, China. 21-23 Mac.

Loke, M.H. & Barker, R.D. 1996. Rapid least-squares inversion of apparent resistivity pseudosections by a quasi-Newton method. Geophysical Prospecting 44: 131-152.

Makoundi, C., Zaw, K. & Endut, Z. 2020. Fluid inclusion study of the Penjom, Tersang, and Selinsing orogenic gold deposits, Peninsular Malaysia. Minerals 10(2): 111.

Makoundi, C., Zaw, K., Large, R.R., Meffre, S., Lai, C.K. & Hoe, T.G. 2014. Geology, geochemistry and metallogenesis of the Selinsing gold deposit, Central Malaysia. Gondwana Research 26: 241-261.

Nguyen, F., Garambois, S., Jongmans, D., Pirard, E. & Loke, M.H. 2005. Image processing of 2D resistivity data for imaging faults. Journal of Applied Geophysics 57(4): 260-277.

Purwanto, H.S. 2001. Structural control of gold mineralization in Lubok Mandi area, Peninsular Malaysia. Warta Geologi 28(1): 11.

Rajah, S.S., Chand, F. & Singh, D.S. 1977. The granitoid and mineralization of the Eastern Belt of Peninsular Malaysia. Geological Society of Malaysia 9: 209-232.

Sun, C., Yang, X., Du, G. & Aziz, J.H.A. 2019. Genesis of the Selinsing gold deposit, Peninsular Malaysia: Constraints from mineralogy, geochemistry and in situ sulfur isotope compositions of sulfides. Ore Geology Reviews 113: 103111.

Tripp, G.I. & Vearncombe, J.R. 2004. Fault/fracture density and mineralization: A contouring method for targeting in gold exploration. Journal of Structural Geology 26(6): 1087-1108.

Yeap, E.B. 1993. Tin and gold mineralizations in Peninsular Malaysia and their relationships to the tectonic development. Journal of Southeast Asian Earth Sciences 8(1-4): 329-348.

Yusoff, A.F., Aziz, J.H.A. & Roselee, M.H. 2022. Mineralogy and geochemistry of gold mineralization at southern part of Ulu Sokor Gold Deposit, Kelantan, Malaysia. Sains Malaysiana 5(12): 3865-3877.

Yusoff, S., Pradhan, B., Manap, M.A. & Shafri, H.Z.M. 2015. Regional gold potential mapping in Kelantan (Malaysia) using probabilistic based models and GIS. Open Geosciences 2015(7): 149-161.

Zaid, H.A.H., Arifin, M.H., Kayode, J.S., Basori, M.B.I., Umor, M.R. & Hazim, S.H. 2023. Application of 2-D electrical resistivity imaging, and induced polarization methods for delineating gold mineralization at Felda Chiku 3, Kelantan, Malaysia. Sains Malaysiana 52(1): 305-320

 

 

 

 

 

 

 

           

sebelumnya